Penjajahan Perancis di benua Amerika
Penjajahan Perancis di benua Amerika

Penjajahan Perancis di benua Amerika

 Perancis mula menjajah benua Amerika pada abad ke-16 dan berterusan pada abad-abad berikutnya apabila ia menubuhkan empayar kolonial di Hemisfera Barat. Perancis menubuhkan koloni di kebanyakan bahagian timur Amerika Utara, di beberapa pulau Caribbean, dan di Amerika Selatan. Kebanyakan koloni dibangunkan untuk mengeksport produk seperti ikan, beras, gula, dan bulu.Empayar kolonial Perancis pertama telah menjangkau lebih 10,000,000 km2 (3,900,000 bt2) pada kemuncaknya pada tahun 1710. Sekaligus menjadi empayar kolonial kedua terbesar di dunia, selepas Empayar Sepanyol.[1][2]Semasa menjajah Dunia Baru, Perancis telah menubuhkan kubu dan penempatan yang akan menjadi bandar seperti Quebec, Trois-Rivières dan Montreal di Kanada; Detroit, Green Bay, St. Louis, Cape Girardeau, Mobile, Biloxi, Baton Rouge dan New Orleans di Amerika Syarikat; dan Port-au-Prince, Cap-Haïtien (diasaskan sebagai Cap-Français) di Haiti, Cayenne di Guiana Perancis dan São Luís (diasaskan sebagai Saint-Louis de Maragnan) di Brazil.

Rujukan

WikiPedia: Penjajahan Perancis di benua Amerika https://www.britannica.com/topic/Western-coloniali... https://umaine.edu/canam/publications/st-croix/cha... http://www.museumofmobile.com/html/other_museums.p... https://web.archive.org/web/20110716172205/http://... http://www.alabamamoments.state.al.us/sec02qs.html http://www.archives.state.al.us/mobile/mobile3.htm... http://notrehistoire.net/textes_histoire_droit/CN_... https://books.google.com/books?id=RS5EAQAAMAAJ&dq=... https://books.google.com/books?id=aTP8fxliBI4C&pg=... https://www.jstor.org/stable/45137327